BICARA GURU BESAR

div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">




Bismilahirrahmanirrahim
Asalamualaikum wrmtllh wbrkth dan salam sejahtera

Sesungguhnya kita menyedari bahawa pendidikan memainkan peranan perdana dalam pembentukan dan mengangkasakan generasi dari sudut ilmu serta menyemai nilai-nilai hidup yang boleh menentukan jaya atau tidak sebuah masyarakat dan bangsa. Oleh sebab itu dalam kerangka ini semua pendidik dan warga kerja SK Tuguson, harus meletakkan ini sebagai satu transformasi pendidikan bagi mendepani cabaran globalisasi dan liberalisasi, khususnya bagi menyediakan generasi akan datang yang mampu bersaing di persada dunia terutama dalam aspek intelektual, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Oleh sebab itu semua warga kerja sekolah memerlukan perancangan yang teliti dan pragmatik serta berupaya memperkayakan ilmu untuk memudahkan tuntutan perubahan ini berlaku.

Mudah-mudahan dalam membina kerangka ini, warga sekolah mampu bangkit untuk melaksanakan budaya kerja cemerlang secara berkualiti dalam segenap usaha untuk kecemerlangan pendidikan serta mengharapkan lonjakan berganda akan berlaku dalam usaha kita memartabatkan pendidikan khususnya di SK Tuguson
Sekian terima kasih dan selamat berjuang
SALGARING WAHIT
Guru Besar
SK.Tuguson Kota Belud