SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Tuguson Kota Belud lahir daripada nama Sekolah Sukarela Rakyat atau NVS Tuguson seawal tahun 1963, hasil dari kegigihan komuniti yang mengimpikan sebuah gedung ilmu untuk diterokai oleh generasi kecil di kampong ini. Kesepakatan yang padu antara dua kampong berhampiran iaitu  Kampung Pinasang dan Tiong Naragai di bawah urus tadbir  Ketua kampung Orang Tua Kunong Kimbas dan Orang Tua Gingkal Bin Atek memohon kelulusan kepada pihak kerajaan British  pada tahun1962.


Keinginan yang tinggi direalisasikan melalui keringat gotong royong membina bangunan berdinding buluh  beratap rumbia. Setelah siap kerajaan telah menghantar seorang guru bernama Julitha Bte Adzim berasal dari Tuaran dengan murid seramai 15 orang. Setelah setahun sekolah ini beroperasi pelajar telah bertambah kepada 38 orang. Dengan keperihatinan kerajaan bangunan baru telah dibina dengan bantuan penuh pada tahun 1965 diberi nama SRK Tuguson Kota Belud  hingga sekarang  di kenali sebagai Sekolah kebangsaan Tuguson Kota Belud