Tuesday, March 22, 2011

SEMASA



pemeriksaan audit sekolah bagi Penyata Kewangan SK Tuguson bermula hari ini di Pusat kegiatan Guru Kota Belud.Terima kasih kepada Cik Anidah Kanan atas kesungguhan menyediakan pengurusan kewangan yang baik.Tahniah

Tuesday, March 15, 2011

SEMASA



SK. Tugusan dijadikan sebagai tempat untuk latihan bagi memperkemaskan strategi dan teknik bagi menghadapi kejohanan catur peringkat negeri yang akan berlangsung di daerah Ranau.Selain SK Tuguson yang membekal 4 peserta untuk daerah Kota Belud,SMK Narinang dan SMK Pekan juga mengadakan sesi latihan di sekolah ini.
...semoga berjaya...

Wednesday, March 9, 2011

SEMASA


tahniah sekali kepada Barisan pemain Catur SK.Tuguson yg membawa Dearah Kota Belud sebagai Johan catur peringkat Bahagian yang telah berlangsung di SMK Kota Marudu pada minggu lepas..SK Tuguson membariskan empat pemain dan sekaligus mewakili bahagian Utara ke kejohanan catur peringkat negeri di Ranau...Syabas!!

Sunday, February 13, 2011

SEMASA



SK Tuguson 01 Mac- Esok 2.Mac 2011 bermula cabaran para peserta Catur SK Tuguson sekaligu mewakili Daerah Kota Belud ke kejohanan Catur Peringkat bahagian di SMK Kota Marudu.Pastinya Achai dan rakan-rakannya  Mariani,Ismiarelda,Anestara dan Edward akan bertarung menggalas cabaran untu kecemerlangan Catur SK Tuguson khususnya dan Daerah Kota Belud..Good Luck selamat berjuang




KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD

SK Tuguson Yang dibarisi oleh Achai, Mariani,Ismiarelda,Anestara,Edward telah meletakkan SK Tuguson sebagai Johan Keseluruhan mengalahkan lain-lain sekolah rendah di Kota Belud.Kejohanan ini berlangsung di SMK Pekan Kota Belud2 pada 17 Februari 2011.Jurulatih Pasukan Cikgu Haffedzan menjelaskan daya saing dan strategi berkesan merupakan kejayaan pasukan ini.Tahniah
-----------------------------------------------------------------------


08022011324

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Zon Selatan kali ke 35 tahun yang bermula 8 Februari dan berakhir hari ini 10 februari.Menyaksikan SK tuguson mengekalkan tempat ke 3 dengan 2 emas dan 1 perak.Apa yang membanggakan adik David Kaven Lee atau terkenal dengan jolokan nama Achai telah dinobatkan sebagai Olahragawan Tahun ini dengan dua rekod baru telah dicipta melalui acara 200 meter dan Lompat jauh. Tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih kepada guru-guru yang prihatin tentang kejayaan ini..Tahniah Achai!!